Weekend in Bangkok

Suvarnabhumi Airport

Suvarnabhumi Intl Airport

Kali ini saya akan kongsikan pengalaman saya bercuti di Bangkok. Walaupun trip ini hanya  3 hari tapi ianya amat sesuai untuk budget travel dan muslim travel. Ini kerana ramai antara kita yang susah untuk plan cuti yang panjang tapi kalo setakat hujung minggu ianya mudah sekali. Oleh sebab itu percutian hujung minggu ini amat praktikal kerana ianya tak mengambil masa yang panjang, mudah untuk apply cuti dan amat sesuai untuk budget travel. Dan Bangkok merupakan bandar yang terdapat ramai orang Islam dan restoran Halal amat sesuai sekali untuk Muslim Travel.

Lama dah saya tak travel ke Bangkok Thailand. Kali ini saya dan kawan dah book tiket promo fare by  Malaysia Airlines awal2 lagi, so dapatlah kami harga tiket yang murah sangat RM 350 for return tiket. Bermulalah perjalanan kami ke Bangkok pada 30 Jan 2015, flight kami berlepas jam 4.30 petang dan kami tiba di Bangkok pada jam 6.30 petang (local time in Bangkok). Tiba di Bangkok saya sungguh teruja melihat struktur binaan airport baru di Bangkok iaitu Suvarnabhumi Airport. Tanpa sebarang cat dinding dan dengan mengekalkan warna asal simen menjadikan interior design di airport Suvanabhumi ini amat unik dan menarik sekali. Hiasan dalamannya banyak dihiasi dengan pokok orkid kerana bunga orkid terkenal di Thailand dan anda boleh dapati di mana2 saja.

Pathumwan House

Patumwan House

Trip kami pada kali ini agak pendek cuma 3 hari, just nak menghabiskan cuti hujung minggu di sana. Tiba di sana saya disambut oleh sepupu saya Aree Feen dan Zolkarnain yang telah lama menetap di Bangkok. Bertuah badan kerana masih ada saudara di sana, disamping bercuti dapat juga saya merapatkan hubungan silaturrahim keluarga. Saya dibawa ke restoran seafood Thai yang popular di Bangkok. Sungguh sedap masakan di sini dengan menu Tom Yam Kung, Ikan goreng rangup dan ayam masak air kelapa dan som tam ianya sungguh menyelerakan. Memang puas hati makan di sini, di Bangkok tidak jadi masalah untuk anda mencari makanan halal kerana di sini banyak terdapat restoran halal di shopping mall dan di tepi2 jalan sekitar Sukhumvit Road dan Pratunam area. So for Muslim Travel apa tunggu lagi plan percutian anda dengan Ummi Vacation yea !

MBK Shopping Mall

MBK Shopping Mall

Selepas makan saya di hantar ke hotel, Patumwan House ini adalah hotel budget 3 star dan lokasinya memang berdekatan dengan shopping area seperti MBK Mall, Siam Square dan Pratunam area. Di Bangkok hotel2 3 bintang dan boutique hotel mudah didapati terutamanya di sekitar bandar dan shopping area. So untuk budget travel anda mempunyai banyak pilihan, harga hotel juga tidaklah mahal sangat dan bilik yang bersih amat sesuai untuk muslim travel. Dari hotel kami ke MBK Mall mengambil masa 10 min berjalan kaki dan ke BTS train station juga dalam 5 min sahaja. So anda boleh ke mana sahaja sperti Chachucak Market dan Floating Market dengan hanya menaiki train. Sistem trainnya lebih kurang sistem LRT di negara kita amat mudah sekali. Yang penting anda tahu lokasi yang hendak dituju, itu saja ! Di Setiap BTS station ada jambatan atau ‘bridgeway’ yang menghubungkan setiap shopping mall so mudahlah untuk anda shopping di sana sini.

Saphan Kwai Station

Train Station

Bangkok merupakan syurga membeli belah bagi setiap orang kerana di sini terdapat banyak Mall yang besar spt MBK Mall menjual pelbagai jenis barangan, cakap jer semuanya ada di sana, sediakan duit aje yea ! Chachucak Market juga besar dan ada macam2 barang yang dijual dari pakaian, bag, hiasan dalaman dan macam2 lagi ada, so kalo ke sana anda kena luangkan masa satu hari untuk shopping di Chachucak Market ! Antara barang yang menarik minat saya adalah bag2 Naraya, comel dan sweet sangat design dan corak yang digunakan. Sesuai dibeli sebagai barang souvenir atau buah tangan untuk family dan kawan2 di Malaysia kerana harganya juga berpatutan. Siam Square dan Paragon Square juga antara shopping mall yang terkenal di sini. Bak kata orang banyak tempat2 shopping di Bangkok, memang  ‘shop till you drop’ laa…

Hua Chang Heritage HotelTrip saya kali ini juga berkesempatan untuk membuat hotel inspection maklum laa travel agent kan so kenalah ambik tahu hotel2 yang cantik dan mempunyai lokasi yang strategik. Antaranya Hotel Novotel, Holiday Inn  dan Hotel Pathumwan Princess di Siam Square, lokasinya betul2 di tengah2 Siam Square dan di jalan utama so memang best kalo anda stay di hotel tersebut. Hua Cheng Hotel berdekatan dengan Patumwan House antara boutique hotel yang cantik sekali,  mempunyai dekorasi ala2 Inggeris style amat sesuai untuk honeymooners dan family yang inginkan suasana yang santai dan romantis.

Okay itu sahaja untuk kali ini, jangan lupa antara travel tips yang saya dapat kongsikan ialah untuk dapat harga pakej yang murah booking tiket awal especially time ada promo so grab cepat2 ! Bila tiket murah harga pakej pun murah sebab hotel2 disana banyak pilihan nak stay kat 3 star or 4 star semua ada. Tepuk dada tengok poket jer ! Okay jumpa lagi dan nantikan travel updates untuk Muslim Travel bersama Ummi Vacation.

Summer in Korea

Naminara Republic

Naminara Republic

Percutian musim panas di Korea, group Ummi Vacation telah pergi ke sana pada bulan May tahun 2014. Satu percutian yang seronok untuk dikongsikan bersama Muslim Travel. Plan ke Seoul pada bulan May itu agak last minute sebab mendapat request dari keluarga angkat di Sarawak. Dan alhamdulillah walaupun last minute tapi Ummi Vacation dapat juga mengumpulkan seramai 12 orang.

Pada bulan May suhu di Seoul sudah mencecah 25 C dan ini sudah dikira agak panas kerana baru bermulanya musim panas @ Summer di sini. Tapi bagi kami ianya tidaklah panas sangat berbanding dengan Malaysia. So amat sesuai untuk berjalan2 di sana kerana tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas. Tapi anda jangan terkejut adakalanya ia agak ekstrem di mana suhu boleh mencecah sehingga 30 C pada musim panas !

Lunch in Nami

Drama Cafe in Nami Island

Walaupun saya sudah beberapa kali ke Seoul tapi ianya tidak pernah menjemukan kerana di Korea terdapat banyak sangat tempat2 yang menarik untuk Muslim Travel. Kali ini saya berkesempatan untuk ke Nami Island lagi sekali. Dan yang bestnya dengan cuaca yang berangin dan cerah, permandangan di Pulau Nami sungguh indah dan boleh bagi feel yang romantis skali untuk pasangan yg sedang dilamun cinta ! So rugi kalo tak posing kan. Kami sempat lunch di Drama Cafe dan terkenal dgn Nasi Kocak atau nama koreanya Bento Shake ! Nasi ini ada kimchi  dan telur, sedap dan pastinya halal. Pengalaman yang menarik kerana anda akan kocak @ shake makanan tersebut dan makan panas2, memang sedap di tambah pula dgn serunding yang dibawa dari Malaysia ! Memang terbaeek laa.

Charity Train in Nami Island

Charity Train in Nami Island

group photo KBS Studio

Group photo at KBS Studio

Kali ini untuk menerokai Pulau Nami saya telah menaiki tren untuk mencuba pengalaman yang baru. Charity Train ini sebenarnya disediakan untuk kanak2 dan golongan yang agak berusia kerana Pulau Nami ini sebenarnya besar untuk kita terokai keseluruhannya. Tapi orang muda pun boleh jugak naik barulah boleh feeling ala2 citer Winter Sonata kan ! Anda jangan terkejut di Pulau Nami juga ada disediakan Surau @ Prayer room, siap ada telekung lagi tau, so amatlah sesuai untuk Muslim Travel nak solat jamak di sini. Di Korea mereka amat perihatin dgn masyarakat Islam, so most of tempat2 tumpuan pelancong ada disediakan Prayer Room spt di Incheon Airport, Nami Island dan di sekitar bandar Seoul !

KBS Studio

KBS Studio

Group Ummi Vacation kali ini juga dibawa melawat ke KBS Studio, di sini kami dapat melihat studio rakaman suara, studio kanak2 dan bilik berita untuk stesen tv KBS. Antara stesen tv yang popular di Seoul. Selepas itu kami dibawa melawat ke Gwanghwamun Square. Di sini kami diberi peluang untuk memakai pakaian tradisional orang Korea iaitu Hanbok ! Dan selepas itu kami melawat Gyeongbukgung Palace istana lama atau lebih dikenali sebagai ‘Northern Palace’  yang mempunyai pelbagai sejarah. Dan kami juga ke Hanok Village iaitu ‘life museum’ yang menyimpan pelbagai khazanah kebudayaan masyarakat Korea. Satu pengalaman yang menarik dan pastinya group Muslim Travel amat berpuas hati dengan program yang diaturkan oleh Ummi Vacation.

Rapukki in Sindang

Rapukki in Sindang

Trip kali ini juga membawa kami Group Ummi Vacation merasai makanan2 favorite masyarakat Korea seperti Rapukki di Sindang dan banyak lagi restoran seafood yang sedap dan pastinya halal untuk Muslim Travel. So anda jangan risau bila travel ke Korea kerana masalah makanan bukanlah satu isu yang besar. Yang penting anda harus pandai memilih tour agent yg betul dan berpengalaman dalam menguruskan perjalanan Muslim Travel ke negara Korea.

Tips travel kali ini ; sekiranya anda ingin menerokai Pulau Nami dengan lebih tenang, anda hendaklah mengatur perjalanan anda ke Nami pada hari biasa iaitu bukan musim cuti sekolah atau hari Sabtu / Ahad. Kerana pada hari minggu orang terlalu ramai dan mungkin anda akan berasa tidak selesa untuk berposing atau berjalan2 di sekitar Pulau Nami.

Halal Rest at Ewha University

Seafood Rest at Ewha University

Incheon airport

Incheon Airport

Trip to Perth, Western Australia

Group Ummi Vacation di Perth

Group Ummi Vacation di Perth

Pada 22hb Nov – 26 Nov group Ummi Vacation seramai 22 org telah pergi ke Perth, Australia. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan semua group happy dan enjoy dengan trip percutian muslim kali ini. Penerbangan selama 5 jam dengan pesawat Air Asia X, group muslim travel telah selamat tiba di Perth International Airport pada 22hb Nov 2014. Cuaca yang cerah dan adakalanya  panas amat sesuai untuk kami melawati tempat2 menarik di Perth. Untuk percutian kali ini pihak Ummi Vacation telah memilih Kings Hotel, hotel bertaraf 3 bintang dan lokasinya amat strategik skali di tengah2 Hay Street area di bandar Perth.

Restaurant Malaysian Dining Delights

Restaurant Malaysian Dining Delights

Percutian selama 5 hari ini agak santai dan untuk hari pertama kami telah dibawa makan di Restoran Malaysian Dining Delights yang amat popular di Perth. Makanan yang sedap dan memenuhi citarasa orang Malaysia, maklum laa pemilik kedai ini berasal dari Melaka dan menu hidangan ala nyonya ini menjadi favorite penduduk tempatan dan pelancong dari Malaysia. So for Muslim Travel, untuk makan di Perth memang tiada masalah langsung sebab di sini anda boleh dapati banyak restoran2 muslim di sekitar bandar Perth.

Boab Tree

Boab Tree

Pada hari kedua, group Ummi Vacation telah dibawa melawat ke Kings Park and Botanic Garden. Di sini kami berkunjung ke taman yang menghijau luas dengan bermacam2 tumbuhan yang unik. Western Australia merupakan kawasan yang ekstrem iklimnya terutama pada musim panas, oleh sebab itu kebanyakan tumbuh-tumbuhan di sini agak unik dan pelik pada struktur batang dan bunganya. Antara tumbuhan yang menarik minat kami adalah pokok Boab, dengan batangnya yang besar dan berlubang2 ianya menarik perhatian kami ! Pokok ini sebenarnya berasal dari kawasan Warmun, Northern Western Australia. Kami juga sempat berjalan di sepanjang “Tree Top Walkway” sambil menikmati permandangan Perth City dari atas walkway. Dengan udara yang nyaman dan angin sepoi2 bahasa ianya membuatkan kami rasa amat relaks sekali berada di sini. Wah.. sungguh nyaman skali !!! Taman yang menghijau dan amat bersih ini umpama karpet hijau membuatkan kami rasa mcm nak landing dan golek2 jer kat situ….hahaha, maklum laa mana ada taman menghijau macam ni kat Malaysia kan ! Kami juga sempat melihat bunga2 lavender di Kings Park ini kerana pada masa itu adalah musim bunga di Perth.

Spring in Perth

Spring in Perth

KK and Addin at Kings Park

KK and Addin at Kings Park

Tengoklah aksi 2 budak comel dalam group Ummi Vacation ini. Abg KK dan Addin yang amat sporting dan dgn keletah mereka menghiburkan semua orang. Jangan lupa…senyum cantekk ya Addin ! So lepas posing dan golek2 atas rumput yang menghijau tu, kami telah dibawa ke Fremantle iaitu sebuah pelabuhan lama di kawasan perikanan atau dikenali sbg “Fishing Boat Harbour” di Western Australia.

Fish n Chips at Cicerello's Fremantle

Fish n Chips at Cicerello’s Fremantle

Di sini kami telah dibawa ke Cicerello’s Fremantle untuk makan tengahari, apalagi kalo bukan makan Fish n Chips. Sungguh sedap dgn portion ikan yang besar dan fresh ni mmg x habih makan laa. Selepas makan tengahari kami dibawa ke Fremantle Market yg lama dan E Shed market untuk shopping. Di Fremantle market yang lama anda boleh dapati banyak barang2 antik yang di jual manakala E Shed market  terdapat barang2 souvenir untuk dijadikan buah tangan bila balik ke Malaysia nanti ! Di sini t.shirt, topi, key chain dan macam2 lagi cenderahati yang comel dan bermotifkan Western Australia memang banyak dijual. Group Ummi Vacation juga sempat bersolat jamak di tepi bangunan E Shed Market kerana sebagai Muslim Travel tempat dan waktu solat memang menjadi keutamaan bagi setiap group yang travel dengan Ummi Vacation ! Untuk mencari masjid memang agak susah di Fremantle so terpaksalah kami solat disitu.

Round house Fremantle

Round house Fremantle

Lawatan kami diteruskan ke Round house sebuah rumah api di penjara lama yang menghadap Lautan Hindi dan juga Monument Hill di sini terdapat tugu peringatan mangsa2 perang. Sebelum balik ke Perth kami sempat melalui kawasan jalan Cappuccino Strip di sini di sepanjang jalannya anda boleh dapati banyak cafe2 spt Dome Cafe dan macam2 lagi. Dengan seni bina arkiteknya kedai2 di sepanjang jalan ini amat antik dan ada pengaruh seni bina Inggeris yang lama. On the way balik ke Perth kami telah berhenti di sebuah lagi restoran muslim iaitu Royal Malaysian Cuisine di Canning Highway, East Fremantle. TIba di hotel semuanya kepenatan tapi pada malam itu aktiviti bebas diteruskan juga di sekitar bandar Perth. Kami semua hanya jalan2 di sekitar hotel dan Hay Street area. Perth merupakan bandar yang tak sibuk dan pada pukul 6 petang keadaan di sana sudah gelap dan aktiviti malam di Perth tidak happening seperti di Sydney ataupun Melbourne. Walaupun begitu Perth City mempunyai tarikannya yang tersendiri terutamanya untuk pelancong2 Muslim Travel.

Caversham Wildlife Park

Caversham Wildlife Park

Pada hari ketiga kami dibawa melawat ke Swan Valley dan Caversham Wildlife Park. Di sini kami dapat melihat ‘live  farm show’ di mana proses untuk mengetam bulu kambing biri2 dan memerah susu lembu dilakukan. Kanak2 lah yang paling happy, dapat memberi makan kangaroo dan melihat koala dari dekat, Tapi jangan cuba nak  main2 dgn koala kerana koala amat sensitif dan sejenis binatang yang suka tidur. So setakat belai2 manja tapi hati2 ada masanya koala ini akan mengigit sesiapa yang menganggu tidur lenanya…hua hua hua, comel betul si koala nih ! Di sini group Ummi Vacation sempat juga mengambil gambar dgn Wombat spesis beruang yang amat besar dan manja. Di Caversham ini juga terdapat banyak spesis binatang lain antaranya burung hantu, ular dan macam2 lagi haiwan reptilia !

Addin with Koala

Addin with Koala

Live Farm Show

Live Farm Show

Lihatlah group Ummi Vacation sempat berselfie lagi sebelum ‘live farm show’ dimulakan. Memang tak sah kalo bercuti dengan Ummi Vacation tak posing, anda akan posing sampai tak hingat dan selfie dan wefie yea.  Setelah puas bermesra dan bermanja dgn kangaroo, wombat dan koala group kami sempat singgah di Danish Patisserie Cafe. Cafe ini amat famous di Perth kerana ia merupakan cafe yang menyediakan pastri2, roti bun dan kek yang enak, sedap lagi halal untuk Muslim Travel ! Sudah habis berjalan kami terus pulang ke hotel dan makan di restoran Indonesia Indah. Malam ini kita pekena makanan indonesia yuk !

London Court Perth City

London Court Perth City

Hari terakhir, sebelum pulang kami menghabiskan masa berjalan2 di sekitar Perth City spt London Court, Bell Tower, Swan River, Hay Street area, Murray Street dan shopping di Water Town Brand Outlet. Hari ini kami explore puas2 bandar Perth dengan menaiki public bus atau lebih dikenali CAT Bus. Yang menariknya bas ini adalah percuma dan anda boleh kemana2 shj asalkan di sekitar bandar Perth ! Bas ini sungguh selesa dan drivernya mesra skali dengan kami pelancong2 dari Malaysia. Apalagi berjalan sakan laa kami bila nampak tempat menarik terus turun dan naik bas lagi, sambung perjalanan – maklum laa bas free laa katakan…!!! Okay, Itu sahaja setakat ini sedikit pengalaman percutian yang dapat saya kongsikan, harap kita akan bertemu lagi di percutian ke negara lain pula yang lebih menarik. So jangan lupa like facebook Ummi Vacation Holidays dan ikuti trip2 Muslim Travel kami selepas ini yea !

My travel partner

Musim Bunga di Pulau Jeju, Korea

Haeundae Beach

Group Ummi Vacation at Haeundae Beach

Lama betul saya tak update travel blog ni. Maaf yea jangan marah…hidup ini kena sentiasa ceria dan happy !!! Sebab itu di Ummi Vacation, semua pelanggan akan sentiasa enjoy bila mengikuti pakej percutian kami – special for Muslim Travel. Lagipun tour leader kami sapa lagi kalo bukan Cik Asmida kita ni sporting sangat. Group nak shopping ker posing ker kita layan jer….janji semua group Ummi Vacation puas hati.

Sakura in Busan

Sakura in Busan

Kali ini saya akan kongsikan pengalaman travel ke Busan dan Jeju Island pada  06 -10 April 2014 yang lepas ! Trip ini memang dah lama plan sebab group auntie2 ni semua nak tengak cherry blossom pada musim bunga ! Masa Cherry blossom ini, kita dapat melihat bunga2 Sakura yang berwarna warni, ada warna pink, putih dan purple ! Ianya hanya boleh di dapati  di negara Korea dan Japan sahaja ! Menarik kan….tapi sayangnya bunga ini hanya akan kembang mekar utk jangka waktu yg singkat iaitu cuma seminggu jer. Alhamdulillah kami group Ummi Vacation bernasib baik kerana sempat melihat bunga2 sakura ni kembang mekar, berbunga2 laa hati ktorg masa tgk bunga2 nih….jadik minah bunga laa sekejap kan, nampak bunga jer sibuk laa sumer org nak berposing !

Flower Farm in Jeju

Flower Farm in Jeju

Yang paling best masa kami sampai di Busan pada hari pertama, kami dah sempat melihat bunga2 sakura di Busan. Ada yang warna pink, putih dan purple amat menarik sekali, subhanallah sungguh indah ciptaan Allah yang Maha Hebat ini.

Bandar Busan merupakan bandar pelabuhan dan mempunyai pantai2 yang cantik antaranya Haeundae Beach. Dan group Ummi Vacation telah bermalam di Sunset Busines Hotel berdekatan dengan pantai Haeundae Beach. Sangat indah permandangan di sini, pada sebelah malamnya kami sempat menikmati suasana malam di pesisiran pantai Haeundae Beach. Dan kami sempat dihiburkan oleh penyanyi jalanan, suaranya memang sedap ala2 K Pop gitu…!!! Apalagi berhibur sakan kami malam tu setelah menikmati makan malam Korean Steamboat, bak kata orang “perut kenyang hati pun senang” !

Di Busan terdapat banyak restoran seafood dan untuk Muslim Travel anda tak perlu was2 sebab ianya semua berasaskan makanan laut dan bahan masakan menggunakan minyak sayuran. Memang best makan seafood di sini, sebut aje nak makan apa oyster, kerang, udang semua ada dan pasti memenuhi selera anda ! Kami juga sempat pergi melawat ke Masjid Busan, yang besar dan menjadi tumpuan masyarakat Islam Korea di sana.

Seonsang IIchubong

Seonsang IIchubong

Keesokkan harinya saya dan group Ummi Vacation berlepas ke Pulau Jeju dengan menaiki pesawat Busan Air. Jeju Island amat terkenal dengan alam semulajadi seperti gua, air terjun dan pantai2 yang indah. Antara tempat yang kami lawati adalah seperti Cheonjiyeon Waterfall, Jeongbang Waterfall, Jusangjeolli Cliff, Manjanggul Cave dan Seonsang IIchubong. Jusangjeolli Cliff terbentuk dari larva gunung berapi dan telah menjadi sebuah  tebing yang unik dan cantik sekali struktur batu2 larvanya. Anda jangan terkejut tempat2 ini mendapat pengiktirafan dari UNESCO dan dan telah mendapat tempat sebagai – ‘The New 7 Wonders by Global Geo Park Networks’ ! Untuk sesiapa yang berminat dengan pemandangan alam semulajadi memang tak rugi datang ke sini, Jeju sebuah pulau yang kaya dengan panorama alam semulajadi yang amat menakjubkan. Kita akan terkesima melihat keindahan Pulau Jeju ini !

Jeusangjeolli Cliff

Jeusangjeolli Cliff

Waterfall

Jeonbang Waterfall

Di Jeju juga kami sempat berkunjung ke Flower Farm dan Trick Eye Museum, memang puas berjalan dan happy sangat sampai sekarang pun bila tengok gambar2 di Jeju ni tersenyum sendirian mengenangkan pengalaman percutian yang cukup indah untuk dikongsi bersama Muslim Travel.

Antara tips yang dapat dikongsikan untuk travel blog kali ini adalah bagi mendapat harga pakej yang lebih murah anda dinasihatkan untuk membeli tiket kapal terbang direct ke Busan dan seterusnya ke Jeju, Ini kerana tiket ke Seoul lagi mahal berbanding harga tiket ke Busan. Dan satu lagi untuk Muslim Travel, harga hotel di Jeju Island amatlah mahal jadi tak payahlah kita menginap di hotel 4 bintang cukup sekadar hotel 3 @ 2 bintang dan guest house menjadi tempat penginapan kita. Yang penting untuk budget travel adalah tempat yang kita hendak lawati dan boleh makan seafood di sana lagi berbaloi kan ! Okay jumpa lagi, insyallah saya akan kongsikan pengalaman percutian pada musim luruh dan panas pula di Korea selepas ini yea !

Korea Steamboat

Korea Steamboat

Bercuti ala Korean Style

Central Mosque Seoul

Central Mosque Seoul

Sebut sahaja Korean Style siapa yang tak tahu maknanya tak mengikuti perkembangan semasa laa tu. Pengaruh cerita2 Korea dan K Pop bermula pada tahun 2000, dan sejak dari itu semakin menjadi kegilaan masyarakat Malaysia baik yang tua ataupun muda. Hebat betul penangan orang Korea nih, sape yang mengikutinya pasti tahu cerita2 bersiri yang amat popular seperti Winter Sonata, Autumn in My Heart, Jewels of the Palace, My Girl dan banyak lagi. So bermula dari situlah Seoul, ibu negara Korea Selatan mula mendapat tempat di hati orang Malaysia terutamanya Muslim Travel untuk pergi bercuti di Korea.

Airport Seoul

Airport Incheon

Kali ini saya akan ceritakan pengalaman membawa group Ummi Vacation – Muslim Travel bercuti di Seoul, Korea pada 11 – 16 Jan 2014. Alhamdulillah saya bersama 10 orang tetamu dari Terengganu telah berlepas ke Seoul dengan menaiki kapal terbang Air Asia X dan selamat sampai pada 11 Jan 2014. Setibanya di Seoul kami telah dibawa ke Masjid Besar Seoul – Central Mosque di Seoul. Di sekitar kawasan ini terdapat banyak kedai makan Islam seperti yang diusahakan oleh orang Pakistan, Istanbul dan Lebanon. Kami sempat menikmati nasi beriyani di restoran Pakistan dan solat di masjid tersebut. Masjid ini terletak di Itaewon area, di mana kami juga menginap di Guest House di sini. Itaewon area amat sesuai sekali untuk Muslim Travel kerana di sini terdapat banyak restoran halal dan menyediakan makanan halal seperti Kebab, Nasi Beriyani, Burger dan macam2 lagi

Hari pertama di Seoul, kami telah dibawa ke Namsan Tower dan Alive Museum. Di sini anda boleh melihat acara kebudayaan dan Seoul City dari puncak Namsan Tower, Anda boleh menaiki kabel car ataupun bas untuk ke Namsan Tower. Pada sebelah petang check in dan berehat di guest house. Itaewon guest house ini amat sesuai untuk group budget travel spt kawan2 dan juga family yang ingin bercuti di Seoul. Guest house ini lengkap dengan dapur, ruang tamu dan balkoni. Anda akan dapat rasakan kehidupan sebagai orang Korea bila menginap di guest house ini. Dan inilah yang saya katakan bercuti ala Korean Style kerana kita tinggal di rumah orang Korea, makan makanan Korea dan belajar bercakap bahasa Korea….menarik bukan ! So sape2 yang minat sangat degan cerita2 Korea bolehlah mencuba percutian ala Korean Style seperti ini !

Seafood Restaurant

Seafood Restaurant

Di sini saya ingin berkongsi cerita tentang makanan Korea yang sedap dan famous antaranya seperti Kimchi, Bulgogi, Ramyeon, Octopus Spicy, Grill Fish, Tofu Soup, Pajeon dan Udong Mee. Makanan Korea banyak berasaskan seafood so untuk Muslim Travel ia tak menjadi masalah kerana semuanya seafood dan minyak yang digunakan juga adalah minyak sayuran seperti ‘bean oil’. Saya boleh katakan makanan Korean ini semuanya sedap sebab ia pedas dan ada rasa bak kata orang….it’s so tasty ! So tak rugi untuk anda mencubanya.

MBC Dramia

MBC Dramia

Sepanjang 6 hari 5 malam pakej kami di Seoul, antara tempat yang dilawati pastinya Nami Island yang terkenal dengan tempat di mana lokasi drama cerita Winter Sonata. Kami juga sempat ke Hanok Village dan MBC Studio, di sini dapat dilihat kebudayaan dan rumah2 tradisi orang Korea. Di MBC studio terdapat lokasi pengambaran dan istana2 lama yang dibina khusus untuk pengambaran filem dan drama Korea. Rupanya di Korea anda tidak dibenarkan untuk bergambar dengan artis atau pelakon Korea, hanya disediakan patung dan poster sahaja untuk bergambar. Sedihkan…tapi tak apalah yang penting kami dapat melihat lokasi pengambaran mereka pun sudah cukup membuatkan kami teruja !

3D Trick Eye Museum

3D Trick Eye Museum

Trick Eye Museum

Trick Eye Museum

Selain itu kami juga dibawa melawat ke Trick Eye Museum di Hongdae yang mempamerkan gambar2 3D. Museum ini terdiri dari Ice Museum, love Musem dan Trick Eye  Museum. Dengan inovasi dan daya kreatif yang tinggi menjadikan gambar2 ini nampak real dan seakan2 anda berada di situ. Group Ummi Vacation posing sampai lupa diri. Gambar2 di bawah menceritakan segala-galanya.

Ice Museum

Ice Museum

Di Ice Museum, anda akan rasa excited sangat untuk bergambar di sini, kerana setiap ukiran ais ada pelbagai bentuk seperti castle, igloo, sport car, katil dan macam2 lagi.

Love Museum

Love Museum

Dan anda jangan terkejut di sini juga ada Sex Museum atau Love Museum. Dan hanya dibenarkan untuk pengunjung yang berumur lebih dari 18 tahun.

Pastinya banyak sangat gambar2 menarik dan macam2 aksi anda boleh lakukan di sini. Posing laa sepuas hati kerana ianya akan menjadi kenangan percutian yang terindah untuk anda semua !

 

Trick Eye Museum ini lokasinya agak tersorok dan untuk ke sini kami menggunakan khidmat pelajar Malaysia di Seoul untuk membantu kami

Tak jauh dari Trick Eye Museum di Hongdae ini anda boleh berehat sekejap sambil minum coffee dan makan waffle di Hello Kitty Cafe.

Anda jangan risau semua kedai roti dan coffee house di Seoul tidak menggunakan ‘lard’ atau lemak b*b*. Ini telah disahkan oleh Muslim Committee Seoul. So for Muslim Travel anda tidak perlu was was

Hello Kitty Cafe

Hello Kitty Cafe

Kami juga melawat ke Winter Ski – Vivaldi Ski Park Resort, untuk bermain ski dan merasai pengalaman bercuti di Ski Resort. Di sini group Ummi Vacation sempat bermain ski, skateboard dan ada yang dok ambik gambar jer…hihihi ! Bagi sesiapa yang tiada pengalaman disediakan trainer untuk mengajar cara2 bermain ski dengan betul. Pastinya pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang anda berada di Ski Resort ini !

Vivaldi Ski Park Resort

Vivaldi Ski Park Resort

Akhir sekali saya akan ceritakan pengalaman shopping di Seoul Korea. Best sangat walaupun harga agak mahal sekiranya di tukar ke matawang Malaysia. Tapi anda tidak akan menyesal kerana barang2 Korea amat berkualiti seperti brooch tudung, material kain, baju2 dan macam2 lagi. So jangan lepaskan peluang untuk shopping di Myeong Dong, Nam Daemun dan Dong Daemun anda pasti tidak rugi ! Walaupun anda budget travel masih tetap boleh shooping kerana harganya ada yang murah terutamanya barang2 kosmetik seperti face mask, krim muka dan banyak lagi barangan kecantikan…pilih saje !

Untuk souvenir anda boleh membeli stokin yang cute2, fridge magnet, nail cliper dan juga seaweed yang sedap dimakan begitu sahaja ! So jangan ketinggalan untuk mengikuti update dari Ummi Vacation untuk pakej2 menarik kami dan sudah pastinya Muslim Travel dan Budget Travel menjadi keutamaan kami ! Jumpa lagi untuk trip yang akan datang…

Shopping at Myeong Dong Street

Shopping at Myeong Dong Street

Jalan-jalan di London n Paris

london cityLama tak update travel blog ni, mintak maaf banyak di atas kesibukan kerja dan commitment pada family membuatkan masa amat terbatas sekali

Okay kali ni saya akan ceritakan pengalaman muslim travel di London n Paris. Alhamdulillah pada 28hb Januari – 10 Februari 2014 saya berkesempatan untuk berkelana di bumi Allah yang Maha Luas ini. Perasaan yang amat teruja dan gembira sangat dapat ke sana walaupun dengan budget yang amat limited as a budget travel

Tiba di London, saya telah menaiki tren untuk ke Bayswater. Public transport di sana amatlah mudah dan efisien sekali. Untuk budget travel anda boleh menggunakan tren atau bas untuk berjalan-jalan di sekitar London City dengan cara yang mudah dan murah ! Bas hop on hop off pun ada.

Tapi ingat, jangan bawak bag terlampau banyak kerana anda terpaksa berjalan agak jauh dan menaiki tangga ketika di stesen subway train….pengalaman yang meletihkan tapi tetap menggembirakan sebab terlampau excited dah sampai ke negara omputih laa…kan.

london city

london city

Saya telah menginap di hotel bertaraf 2 bintang dan juga hostel di area Bayswater. Di sini harga hotel  amat mahal, so for budget travel anda ada banyak pilihan samada untuk menginap di hotel 2 bintang atau hostel. Jangan terkejut hostel di sini amatlah bersih dan selesa untuk small group, sarapan pagi dan dapur untuk memasak juga disediakan. Bayswater area ini lokasinya amat strategik kerana ia berdekatan dengan Malaysia Hall, Asrama MARA dan juga restoran muslim seperti Noodle Oodles, Rasa Malaysia, Kebab dan macam2 lagi. So bagi Muslim Travel makanan halal bukan masalah bagi anda sekiranya anda melancong ke London City!

Selama 5 hari di london saya telah pergi ke Buckingham Palace, Big Ben & The House of Parliment, Eye of London, Tower Bridge, Maddame Tussauds, Portobello Market, Nottinghill Gate, Hyde Park, Malaysia Embassy dan banyak lagi…Sebenarnya banyak tempat2 menarik untuk kita lawati…London City amat menakjubkan ! Dan bagi muslim travel ada banyak kemudahan untuk anda solat  contohnya di Malaysia Hall dan muslim centre. Oh ya di Buckingham Palace jangan lupa untuk menyaksikan “changing guards” acara wajib untuk anda lihat ! london 6

Saya juga sempat pegi ke Portobello Market yang famous di Kota London ini. Di sini banyak di jual barang2 antik dan kraftangan tempatan juga ada dijual di sini. Portobello Market dibuka pada sebelah pagi ala2 morning market ini amat sibuk sekali terutamanya pada hari Ahad. Portobello

Dari London saya menaiki euro train ke Paris, pengalaman manis ini tak dapat dilupakan walaupun hanya 1 hari di Paris, saya rasa sudah berpuas berjalan di sekitar Kota Paris. Kota Cinta ini memang menjanjikan suasana romantik untuk pasangan yang ingin berbulan madu. Dan untuk budget travel satu hari sudah cukup untuk menikmati keindahan Kota Paris ini !paris 2

Di Paris restoran halal bole didapati di sekitar area Galeri La Fayette, banyak restoran Lebanon dan Pakistan di belakang shopping mall. Di sini juga anda boleh dapat barang2 branded spt LV, Gucci, Prada dan macam2 lagi…janji bawak duit jer ! Tak sah percutian anda sekiranya tidak shopping di La Fayette !

Antara tempat yang dilawati di Kota Paris – Charles De Gaulle, Eiffle Tower, Galeri La Fayette dan anda juga boleh naik Big Bus untuk explore lebih banyak lagi tempat menarik di Paris. Pastinya anda akan jatuh cinta….Paris I’m in love !

Paris City, Charles De Gaulle

Paris City, Charles De Gaulle

manchester

manchester city, manchester united, old tradford, old city

Saya juga sempat ke Manchester City…bandar Manchester walaupun tidak sebesar Kota London tapi amat menarik sekali kerana ada banyak university di sini antaranya University of Manchester. Restoran Muslim pun banyak di sini dan anda juga dapat jumpa ramai orang Malaysia yang belajar dan bekerja di Manchester.

Bagi peminat bola Manchester United, sudah pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk pergi ke Old Tradford. Saya yang tak minat bola inipun teruja bila sampai di sana !

Di bandar Manchester juga ada banyak tempat shopping seperti butik Coach, H&M, Dorothy Perkins dan banyak lagi..memang best shopping di sini terutamanya pada musim Chritsmas or New Year kerana ada banyak offer n sale !

Akhir sekali untuk lebih merasai percutian ala English style jangan lupa untuk sewa kereta dan self drive di area countryside England spt Conventry dan tempat2 lain. Anda akan dapat merasai suasana nyaman dan permandangan yang amat cantik sekali !

Percutian ke London dan Paris amat sesuai untuk Muslim Travel terutamanya Budget Travel. InsyaAllah kami akan update pakej ke Europe for Budget Travel dan Muslim Travel by Ummi Vacation.

manchester 2

Kesilapan semasa melancong ke luar negara

Kali ini saya ingin berkongsi beberapa tips bagi mengelakkan berlakunya kesilapan semasa kita melancong ke luar negara. Sudah pastinya setiap orang  ingin memastikan percutian mereka yang paling best tapi adakalanya akan berlaku juga kesilapan-kesilapan yang tidak dapat dielakkan terutamanya bagi Muslim Travel atau Pelancong Muslim

Antara perkara yang penting dan perlu diingatkan oleh setiap Pelancong Muslim

1) Bag yang terlebih muatan (overpacking) – perlu diingatkan semasa kita bercuti atau melancong ke luar negara kita perlu bijak menyusun dan merancang pakaian mana yang sesuai untuk dibawa bersama. Dan pastikan ianya tidak terlalu banyak, kerana kita akan membeli pakaian atau barangan baru semasa bercuti di luar negara. Jadi elakkan membawa barang yang tidak perlu semasa anda bercuti ! Ini juga bagi mengelakkan bag anda terlebih muatan atau ‘excess baggage’.

2) Buat senarai barangan - sebelum bercuti anda perlu membuat senarai barang-barang keperluan asas yang akan dibawa. Ini bagi mengelakkan berlakunya kes tertinggal barang ataupun terbawa barang yang tidak sepatutnya. Terutamanya bagi Pelancong Muslim barang kelengkapan untuk solat perlu dibawa bersama kerana setiap pakej percutian muslim biasanya akan dibawa melawat ke Masjid. Anda perlu pastikan kelengkapan asas Pelancong Muslim perlu dibawa dan tidak terlalu berat, seperti telekung, stokin, kompas dan sejadah kecil

3) Travel adapter, charger, handphone dan kamera penting sangat dan anda perlu pastikan ianya dibawa bersama jangan tertinggal. Anda juga perlu pastikan travel adapter itu mempunyai piawaian antarabangsa  supaya ianya boleh digunakan di setiap negara yang akan dilawati.

4) Pastikan anda membawa kasut dan pakaian yang bersesuaian dengan cuaca dan aktiviti sepanjang anda bercuti ke luar negara. Contohnya pada musim sejuk, winter coat, boot, stokin yang tebal, snow cap dan glove perlu dibawa bersama.

5) Pastikan juga anda membawa ubat-ubatan yang biasa digunakan seperti Panadol,  minyak angin ataupun supplemen yang biasa diambil. Ini bagi memastikan anda sentiasa sihat dan bertenaga walaupun semasa bercuti di luar negara.

6) Pastikan anda telah menukar duit ringgit  ke matawang yang akan digunakan semasa anda bercuti ke luar negara. Dan ingat bawa wang yang mencukupi agar tidak menyesal di kemudian hari !

7) Paling penting – Passport dan dokumen perjalanan yang lain seperti tiket, hotel voucher dan contact travel agent di sana perlu di print dan disimpan ditempat yang paling selamat. Anda boleh menyimpan dokumen-dokumen ini  di dalam safe box  di bilik hotel

8) Kunci Bag (Lock Bag) – Pastikan sebelom check in atau naik kapal terbang bag anda kena berada di dalam keadaan berkunci dan selamat ! Ini bagi mengelakkan berlaku kecurian bag semasa di airport atau di mana-mana sahaja tempat yang ramai orang.

9) Bawa stroler atau wheel chair bagi yang membawa kanak-kanak kecil dan orang tua  untuk  kemudahan anda semasa berada di luar negara

10) Akhir sekali bagi Pelancong Muslim, anda boleh membawa makanan dari Malaysia  seperti serunding, maggi, roti, biskut dan coklat  sebagai makanan tambahan anda semasa bercuti ke luar negara !

Harap tips-tips di atas dapat membantu anda untuk membuat persiapan sebelum bercuti ke luar negara ! Selamat bercuti semua….

photo travel

 

 

 

 

 

 

 

Kembara Rohani

Kali ini percutian saya ke Bandung dan Jakarta Indonesia lebih bermakna lagi kerana bukan setakat berjalan makan angin, shopping tetapi ada pengisian rohani semasa di sana.

Syukur alhamdulillah kali ini saya berkesempatan untuk mengikuti pakej Kembara Rohani bersama Ustazah Norhafizah Musa dan Dr Azhar Yakub. Pakej selama 4 hari 3 malam ini amat bermakna kerana semasa di Bandung kami menginap di Guest House Darut Tauhid.

Guest house ini terletak di dalam kawasan Pasentren Darut Tauhid, Gegekalong Bandung. Kawasannya agak luas dan dilengkapi dengan sekolah, asrama santri-santri (pelajar tahfiz), muslimah centre, masjid Darut Tauhid, kedai serbaguna, kedai2 makan, kedai pakaian muslimah dan pelbagai jenis perniagaan yang diusahakan sendiri oleh pelajar-pelajar di Pasentren ini.

Semasa di Darut Tauhid, saya sempat berjumpa dan mengikuti kuliah dari penceramah terkenal Indonesia iaitu Abdullah Gymnastiar atau lebih dikenali dengan AaGym. Dan juga mengikuti kuliah muslimah dengan isteri beliau ibu Teh Ninih. Kuliah yang disampaikan amat terkesan di hati dengan bahasa dan kata-kata yang penuh hikmah dari mereka berdua. Dengan cara yang santai dan penuh bersahaja membuatkan kita tersedar dan muhasabah diri atas apa yang kita jalani sebagai hamba Allah selama ini.

Perjalanan kami diteruskan ke Jakarta untuk melihat pembangunan Darul Quran, satu lagi pesantren yang besar dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Darul Quran ini dibangunkan oleh Ustaz Yusuf Mansur, di mana semuanya atas bantuan wakaf. Di sini kita dapat melihat bukti hasil dari kesungguhan dan keyakinan Ustaz Yusuf Mansur pada Allah s.w.t  seperti di dalam bukunya ‘The Power of Sedekah’

Walaupun saya sudah banyak kali ke Jakarta dan Bandung tapi kali ini benar-benar menyentuh hati dan perasaan saya atas segala kehebatan dan kekuasaan Allah terhadap hambaNya yang benar-benar yakin dan bergantung harap hanya pada Allah s.w.t !

Semoga saya dapat meneruskan program Kembara Rohani seperti ini di masa-masa akan datang dan melawat pasentren-pasentren yang ada di bumi Indonesia. Kembara rohani ini amat bersesuaian dan menepati citarasa pelancong-pelancong muslim atau Muslim Travel yang ingin melihat kebesaran Allah s.w.t. Dan moga ianya menjadi usaha dakwah saya untuk membantu pasentren dan sekolah-sekolah tahfiz di Malaysia dan Indonesia…Insya Allah !

Masjid Darut Tauhid

Musim Sejuk di Korea

Syukur alhamdulillah pada awal tahun 11 – 16 Januari 2013, saya dan kawan-kawan telah pergi bercuti ke Korea untuk merasai sendiri pengalaman musim sejuk di sana. Percutian kali ini berbeza kerana kami tidak mengikuti pakej yang biasa diaturkan oleh local agent di sana. Percutian kali ini lebih kepada konsep ‘free and easy’  dan budget holidays !

Untuk trip kali ini juga saya telah merancang untuk explore sendiri di mana kami hanya menginap di Guest House – Innes Inn dan menaiki subway seperti orang-orang Korea. Guest house ini dilengkapi dengan dapur, jadi kami memasak sendiri untuk lebih menjimatkan sesuai dengan plan percutian kami iaitu ‘budget holidays’. Lokasi guest house kami amat strategik di mana ianya terletak di Itaewon, Seoul. Di sini terdapat banyak restoran muslim dan kedai-kedai yang menjual barangan halal seperti daging, ayam dan barang2 mentah yang lain kerana ianya juga berdekatan dengan Masjid Besar Seoul !

Di Seoul anda tidak perlu risau untuk menggunakan kemudahan pengangkutan awam seperti  subway kerana ianya amat efisen, mudah dan cepat. Stesen subway ada di setiap tempat dan menghubungkan dengan tempat shopping utama di Seoul seperti Myeong Dong, Dong Daemun dan Nam Daemun. Lawatan ke sekitar bandar Seoul seperti Namsan Tower, Teddy Bear Museum dan Hello Kitty Cafe juga boleh dilawati dengan hanya menaiki subway. Cuma anda perlu pastikan stesyen dan train yang betul agar  tidak menaiki train yang salah atau terlepas train, anda juga perlu peka dengan stesen yang ingin ditujui dan pastinya kena ada tenaga dan stamina untuk menaiki tangga di setiap stesen subway.Tapi yang pasti pengalaman ini amat menyeronokkan seperti adegan dalam cerita Korea jer bila ada adegan berlari-lari untuk mendapatkan train !

Pengalaman yang tidak boleh dilupakan apabila salji turun di Nami Island, wah…semuanya happy sangat maklum laa baru pertama kali dapat bermain salji. Semuanya ambil feel cerita Korea yang popular ‘Winter Sonata’, apa lagi posing x ingat laa masa kami di Nami Island. Di pulau Nami ini juga ada disediakan ruang untuk solat dan restoran halal so untuk pelancong Muslim or  Muslim Travel memang tidak ada masalah.

Di Korea, masa yang paling best sekali pada musim bunga atau popular dengan ‘cherry blossom’ di mana anda dapat melihat bunga Sakura terutamanya di Nami Island dan Jeju Island. Pemandangan yang indah ini pasti memukau sesiapa sahaja yang melihatnya…Subhanallah Maha Suci Allah yang menciptakan segalanya !

Banyak lagi tempat-tempat menarik di Seoul antaranya Namsangol Hanok Village dan Gyeongbok Palace dimana anda boleh melihat sendiri budaya dan tradisi adat orang Korea. korea 8Semuanya terpulang pada anda untuk melancong secara ‘free and easy’ atau mengikuti pakej muslim travel dengan Ummi Vacation. Yang pasti percutian ini akan menjadi kenangan terindah buat anda semua !

Tips : Pastikan anda mendapatkan T Money (kad tambang/pre paid card) di stesyen subway atau kedai-kedai 24 jam untuk memudahkan perjalanan anda menaiki train subway

Korea Muslim Tour – Percutian Musim Sejuk

Jom Bercuti Di Guangzhou

Pada 15 – 19 December 2012 saya dan group Ummi Vacation telah pergi ke Guangzhou China. Dengan group seramai 23 orang ada yang datang dari Terenganu, Kelantan dan Kuala Lumpur memang menjadikan percutian di Guangzhou amat bermakna buat kami yang pertama kali bercuti di sana. Manakan tidak semua orang di dalam group ini amat sporting dan menghiburkan.

Di Guangzhou kami di bawa melawat ke Guangzhou Tower, The Memorial Museum of General Sun Yat Sen, Yue Xieu Park dan Five Rams Statue. Walaupun bandar Guangzhou lebih dikenali sebagai tempat membeli belah tetapi tempat yang kami lawati itu juga menarik dan mempunyai tarikannya tersendiri. Di sini kami belajar tentang sejarah, cara hidup dan aktiviti orang Guangzhou. Kami juga melawat masjid yang tertua di Guangzhou iaitu Masjid Hua Sheng, di mana bersemadinya sahabat-sahabat Rasulullah antaranya Maqam Saas Abi Waqas. Ini membuktikan Islam telah lama bertapak di bumi Guangzhou !

Restoran-restoran muslim di Guangzhou juga banyak dan mempunyai pelbagai pilihan makanan. Makanan di sini semuanya sedap dan menepati citarasa orang Malaysia terutamanya pelancong Muslim – Muslim Travel.

Shopping di Guangzhou memang menarik kerana di sini banyak terdapat shopping street seperti Beijing Road dan Shang Xia Jiu street. Selain itu Guangzhou juga terkenal dengan wholesale market seperti Baiyun Leather Market, Onelink International Plaza, Baima Clothing Market, Haizhu Wolesale Market, Haiyin Silk Market and Haiyin Electric Market. Boleh rambang mata dibuatnya sebab setiap barangan seperti barangan kanak-kanak dan aksesori wanita ada wholesale marketnya sendiri ! Anda hanya perlu pastikan duit mencukupi untuk mencari barangan yang dihajati.

Disebabkan banyak sangat wholesale market masa untuk shopping sering tidak mencukupi, oleh itu atur perjalanan dan pastikan anda memilih wholesale market yang menepati citarasa anda sahaja. Gambar-gambar dibawah ini antara yang sempat saya kongsikan sepanjang group Ummi Vacation berada di sana.

Guangzhou page