Sakura Oh Sakura…

Budget trip ke Jepun pada April 2016 yang lalu antara trip Ummi Vacation untuk tahun ini. Bulan april merupakan musim bunga di Jepun – ‘sakura blossom’, so biasalah time peak season harga tiket dan guesthouse pun agak mahal. Anggaran perbelanjaan saya pada trip kali ini RM 4,400 (termasuk cost tiket, penginapan, entrance fees, makan dan perbelanjaan di sana). Masih murah untuk percutian selama 8 hari kerana kebiasaannya trip ke Jepun bagi yg mengikuti full pakej dalam anggaran 5000++.

Lupakan tentang cost dan perbelanjaan di sana yang penting kami memang enjoy sakan walaupun trip ini merupakan trip pertama saya ke Jepun dan berjaya explore banyak tempat di sana. Antaranya Tokyo, Mt Fuji, Kawaguchigo Lake, Nikko, Ueno, Asakusa, Shinjuku, Odaiba City dan banyak lagi. Kami hanya menggunakan public transport spt bas dan train sahaja sepanjang berada di sana.

Chuzenji Lake

Chuzenji Lake

Perjalanan kami bermula dgn penerbangan Air Asia dari KUL ke Haneda. Kami tiba di airport Haneda pada jam 11.45 malam. Disebabkan dah malam dan budget trip spt kami so terpaksalah tido di airport sahaja untuk mengurangkan kos. Airport Haneda menyediakan banyak kerusi yg boleh dijadikan tempat tido untuk budget traveler spt kami. Dan di airport ini juga ada disediakan tempat solat utk muslim travel. So bagi Muslim travel anda tak perlu risau banyak kemudahan disediakan dan pastinya kebersihan di utamakan di negara matahari terbit ini.

Nikko Station

Nikko Station

Keesokkan harinya kami terus manaiki train ke Asakusa dan seterusnya ke Nikko. Kami terus ke sana dan bermalam 2 malam di Nikko kerana banyak tempat2 menarik utk dilawati antaranya Chuzenji Lake dan Kegon Falls. Nikko merupakan bandar lama dan terkenal sbg tourist attraction kerana ianya merupakan World Heritage Area dan di sini juga ada Nikko National Park. Dengan cuaca yang sejuk dan dikelilingi permandangan tasik dan air terjun yang sungguh mempesonakan. JR Nikko Station juga antara bangunan yang masih mengekalkan struktur lama tradisi senibina Jepun. Di Nikko kami sempat ke Edo Wonderland, iaitu perkampungan Ninja yang mempamerkan kehebatan Ninja dan Samurai Jepun. Tiba di sini terasa bagaikan kita berada di zaman

Edo Wonderland

Edo Wonderland

samurai kerana kebanyakkan pelancong memakai pakaian tradisi Jepun iaitu Kimono dan pakaian Ninja. Sangat menarik dengan persembahan Ninja, rumah Ninja dan Samurai Jepun. Anda bagaikan mendapat semangat baru – semangat Ninja…hihihi.

Tak sah kalo ke Jepun tapi kita tidak merasa makanan Jepun. So kami sempat juga pergi ke restoran jepun dan makan tempura juga udon mee. Bagi muslim travel anda tak perlu risau kerana makanan di sini kebanyakkannya berasaskan seafood dan orang jepun amat menghormati kita sebagai Muslim Traveler ! Di Nikko kami telah mengambil ’2 day pass’ yang cover pengangkutan kami sepanjang 2 hari di sana. Pass ini anda boleh dapati di station TOBU dan kaunter tiket boleh di dapati di ‘TOBU Sightseeing Service Centre’.

Pengembaraan kami diteruskan dgn menaiki train dari Asakusa ke Kawaguchiko. Di sini pastinya utk kami melihat tarikan utama pelancong ke Kawaguchiko iaitu Mt Fuji. Dalam bahasa Jepun Fujiyama. Sungguh Allah menunjukkan kekuasaannya Yang Maha Hebat. Mana tidaknya kami bagaikan terpaku, tidak ada kata yang terucap ketika melihat gunung Fuji yang sungguh menakjubkan itu, syukur alhamdulillah kerana dapat melihat dgn mata kami sendiri keindahan alam ciptaan Allah ! Lawatan ke Mt Fuji adalah satu acara  wajib bagi setiap Muslim Travel. Tak sah ke Jepun kalo tidak pergi melihat sendiri keindahan dan kecantikkan luar biasa Gunung Fujiyama ini !

Mt Fuji

Mt Fuji

Kami menginap di hotel Plaza Inn Kawaguchiko, dan hotel ini betul2 mengadap Mt Fuji. Di sini kami memilih bilik tradisi jepun dgn ‘tatami’ iaitu tilam jepun so dapat laa kami merasa seperti berada di rumah orang Jepun. Amat strategik buka jer tingkap bilik, nah tersergam indah Mt Fuji di depan mata, subhanallah nikmat Allah yang amat kami syukuri ! Sepanjang 2 hari di sini kami explore Mt Fuji dgn menaiki kabel car hingga ke bukit Kachi Kachi dan menaiki boat dan ‘sightseeing bus’ utk melihat sepuas-puasnya cipataan Allah yg Maha Hebat ini ! Keesokkan harinya perjalanan kami diteruskan dengan menaiki express bus ke Tokyo.

Dan bermulalah pengembaraan kami di Tokyo utk menjejaki bunga sakura pula. Ini kerana musim bunga sakura bermula dari bahagian selatan dan mengikut ‘weather forecast’ semasa kami berada di tokyo memang merupakan musim sakura di sana. Sungguh hebat aturan Allah untuk hambaNya ! Di sini baru saya tahu yang bunga sakura ada bermacam jenis dan warnanya…cantik sungguh ! Di Roponggi kami juga dapat melihat kecantikan bunga Sakura pada waktu malam dgn di hiasi lampu2 neon…sungguh mempesonakan !

Sakura di Asakusa

Sakura di Asakusa

Subhanallah….sungguh memang benar bila kita melihat alam ciptaan tuhan ini, satu ketenangan yang kita dapat rasakan. Berbeza dgn kita melihat bangunan2 pencakar langit moden ciptaan manusia. Kita tetap teruja tapi perasaannya berbeza. Itulah yang dicari oleh setiap Muslim Traveler. Di Odaiba City selain dari Rainbow Bridge dan Aqua City kami juga dapat melihat bunga2 tulip disepanjang jalan hingga lupa dgn patung Gundam yang terbesar di rantau ini. Sibuk bergambar dgn bunga2 tulip sahaja….al maklum laa group kali ini semuanya cik bunga2 semua.

Tulips at Odaiba City

Tulips at Odaiba City

Walaupun 4 hari saja di Tokyo City tapi kami dapat explore banyak tempat juga. Antaranya bandar Shinjuku yg terkenal dgn ‘the busiest street’ di Tokyo, Tokyo Tower, Harajuku Street yg terkenal dgn orang jepun yg memakai pakaian pelik2 spt Alice Wonderland dan macam2 lagi. Shopping di Ueno, Shibuya, Yodobashi, Akihabara dan Nippori (tekstil town). Memang berbaloi2 lawatan kami kali ini, walaupun budget trip tapi kami tetap puas hati.

Moga satu hari nanti dapat lagi group Ummi Vacation mengembara ke bumi matahari terbit ini, yang terkenal dgn masyarakat Jepun yang sopan dan sentiasa menghormati orang lain. Walaupun terpaksa berhimpit-impit di dalam train tapi banyak yang kami dapat pelajari sepanjang pergembaraan kami di sana. Pastinya Muslim Travel akan dapat menikmati percutian yang menyeronokkan dan mempelajari sesuatu dari budaya timur orang jepun.

Ikuti percutian Muslim Travel dan budget trip dengan kami di Ummi Vacation. Anda boleh dapatkan promo2 harga pakej yang menarik di FB : ummivacationholidays website : ummivacation.com dan insta : asmida_ummivacation !

Tips : Untuk menggunakan public transport di jepun, anda perlu mendapatkan kad Passimo. Kad ini boleh didapati di convenient store atau train station !

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>